Wednesday, January 15, 2014

#29: Gua Rasa, Gua Dah Jatuh Hati...?

Kata mereka yang berjiwa ranggi dan moden,
atau mungkin mereka yang dah sebati jiwa raga dengan budaya barat yang tersangatlah lakhnat,
menutup aurat ni adalah satu jenis fesyen yang ketinggalan zaman dan sangatlah mengongkong kebebasan wanita dalam melakukan aktiviti seharian.
Jadi pada kepala otak golongan yang sebegini, memakai skirt takat paha, kemeja sendat tanpa lengan dan membiarkan rambut berjurai dan berjuntai adalah satu lambang kebebasan, lambang kecemerlangan prestasi dan menunjukkan betapa mereka itu tidak kekampungan.

Itu kata mereka.
Apa yang aku nak cerita di sini, adalah tentang kejadian yang aku hadapi pada suatu petang ketika bermain bola keranjang dengan brader-brader PASUM yang lain. Cerita aku ni, bila aku fikir balik, memang cukup untuk menyangkal persepsi akak-akak Melayu berjiwa London seperti yang dah aku sembangkan di atas. 
Ini dah jadi satu kejadian yang bertaraf mahakarya. 
Aku punya kagum masa kejadian ni berlaku, betul-betul dah masuk level rahang bawah cecah tanah.
Biar aku ceritakan.

Macam ni, 
suatu petang, tengah aku main shooting bola, berlatih dribbling, practice buat lay-up,
tiba-tiba aku terpandang sesuatu.
Aku bermain dengan member-member lain di bahagian depan gelanggang. Half-court game, cuma gunakan satu hoop.
Sebelah belakang gelanggang pula, dimonopoli oleh kaum hawa.

Dan dalam gerombolan mahasiswi yang bermain bola keranjang di sebelah sana, dengan tracksuit ketat, baju T singkat dan tudung yang aku tengok macam sebesar kain perca atas kepala saja, aku terpandang akan satu sosok tubuh berbaju kurung kuning bermotif bunga-bunga merah, lengkap dari atas hingga bawah. Kepalanya bertutup dengan tudung yang bukan satu keluarga dengan kain perca, labuh hingga ke dada. Kaki bertutup dengan kasut, diserikan pula dengan stokin yang memantapkan lagi penutupan kakinya.
Dengan berpakaian sebegitu, si Hawa ni main shooting bola, dan dari jauh aku perhatikan, skil bermain bola keranjangnya sudah berada pada makam yang jauh lebih tinggi menenggelamkan skil budak-budak fesyen barat yang bermain sekali dengannya.

Melihat keadaan itu, aku dengan spontan menjerit dengan satu perasaan panas yang tak boleh nak dibendung-bendung lagi,
"Binawe betoi! Ni siapa kata perempuan yang berpakaian menutup aurat ni kolot, tak maju, tak boleh pergi jauh, terkongkong kebebasan dan segala bagai lagi ni?!"
Member-member lain yang tengah rancak bermain terus lari lintang pukang meninggalkan gelanggang bila tengok aku yang jiwa tengah kucar-kacir semacam.

.....

Besoknya, gua turun main bola keranjang pakai Tuxedo lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.


No comments:

Post a Comment