Monday, January 27, 2014

Bonzer Bercerita: Dhiablo (Prolog)

#1

“Well, well, if it isn’t our infamous Dhiablo.”

“Come on now Leo, kau tahu aku tak suka orang panggil aku macam tu lagi kan?”

“If not, what should I call you now?”

“Err…Dhia I guess?”

“Haha, then Dhia it is.”

Suasana senyap seketika. Seolah-olah memberi peluang untuk aku memerhatikan suasana tasik yang terbentang depan mata. Dengan orang yang berjoggingnya, dengan budak-budak kecik yang main layang-layangnya. Tenang juga bila dapat tengok suasana macam ni bila waktu petang. Aku tengok, Leo di sebelah aku yang mulut macam dah kena kunci. Mungkin otak kecik dia masih tak dapat nak cerna penampilan aku yang sekarang ni. Kalau betul tekaan aku, jujur cakap, aku tak terkejut pun.

“Sooo, what’s it with all this tudung and stuff? Dah mula pasang angan-angan nak kahwin dengan ustaz ke?”

Heh, damn you Leo. You and your sarcasm.
Malangnya, aku pun tak pasti nak jawab soalan Leo tu macam mana. Yang aku mampu, cuma tarik nafas dalam-dalam, hembus dengan satu perasaan yang sungguh berat, dan jongket bahu sebelah.

“Aku pun tak pasti Leo. It’s just that, it feels right this way.”

“Haha. It’s quiet shocking to see ya like this, after the whole year of your disappearance.What, you’re in some kind of purification process now?”

“Sorta.”

Aku tahu, Leo terkejut tahap langit ke tujuh tengok aku macam ni. Kalau aku jadi dia pun, aku rasa aku juga akan kena sawan seketika. Ya la, bila kau tak jumpa kawan kau setahun, dan bila jumpa tiba-tiba kawan kau tu dah tak macam kawan kau. Kau boleh jamin yang kau tak buat muka terkejut sambil menganga sampai rahang bawah cecah tanah bila jumpa dia?

“You’ve got a lot of explanation to do Dhia”, Leo masih bercakap dengan muka sinis, muka tak percaya. Patut tak aku terajang muka dia?

“Kau tak payah la nak cakap gaya sarkastik sangat, gelak aje la, aku tau kau memang tengah tahan gelak dari tadi”

“Hahaha, kau memang kenal aku luar dalam la. Man, it’s been a whole year since the last time I saw you! And now here you are, being Dhia that’s not really Dhia”

“Yeah…tell me about it” , aku cakap endah tak endah sambil campak batu kecil masuk tasik.
Biasanya bila jumpa Leo, macam-macam cerita yang aku semburkan pada dia. Macam-macam benda yang meletup-letup diluahkan untuk dikongsi bersama. Macam-macam. Tapi petang ni, rasa lain. Tak rasa macam selalu. Patut tak kalau aku tengking aje Leo suruh senyap dan duduk aje diam-diam sambil nikmati angin petang? Haish, takde mood langsung nak cakap petang ni!

“So, how’s life Leo? Kau ok ke sepanjang aku takde?”

“Kau ingat kalau kau takde aku tak boleh hidup ke? Gaya tanya macam kau tu mak aku pulak”

“Tapi memang kau tu langsung tak boleh harap pun. Waktu fight pun nak harapkan aku aje cover kau”

“Kahkah, kau jangan lupa, waktu riot di Klang dulu siapa yang backed you up masa nyaris-nyaris kena libas dengan right wing budak-budak Abomination”

“I repaid your favour during the time in KL la budak. Waktu riot dengan The Damned. Kau jangan nak berlagak hero sangat dengan aku”
Panas pulak hati aku dengar budak ni main ungkit-ungkit benda lama. Aku cepuk karang saja aje.

“Haha. Good old times eh mate?”

“Been there done that dan tak rasa yang aku akan ulang lagi. And by that, I really mean that it was not really ‘good’ of a time”, selamba aku potong feel nostalgik Leo macam tu.

Senyap. Aku dan Leo diam memberi peluang kepada angin petang untuk bertiup lembut mengusap tubuh. Tenang. Dah lama aku tak ke sini. Rasa sentimental pula.

“So, this marks the end of The Bloody Duo huh?”, Leo bagi satu soalan. Soalan yang betul-betul menunjukkan yang dia masih tak boleh nak terima aku, Dhia yang baru, Dhia yang sekarang…sekurang-kurangnya pada penampilan.

“I guess so…I guess my days as Dhiablo reach the end line”

“Heh, those boys from Juggernaut sure are going to friggin miss ya Dhia. I mean, who wouldn’t mourn over the lost of their favourite frontliner in every fight there was?”
Ceh, ayat mintak kesian a.k.a ayat-bodek-mintak-penampar.

“Well, at least they still have ya, ‘The Lightning Leo’, the fiercest baseball bat swingin psycho around”

“HAHAHAHAHA”, ketawa pecah pada petang tu. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku ketawa…heh, sekurang-kurangnya mood aku dah mula nak kembali normal.

“No seriously Dhia, things sure are going to be different without you after this. Biasanya kau aje la yang aku boleh harap nak fight side by side dengan aku pun. Lepas ni aku kena jaga belakang sendiri la nampak gayanya.. Kau la mengada-ngada nak kahwin dengan ustaz, pakai tudung segala”

Another bloody sarcasm. Nasib baik Leo ni kawan baik aku aje, kalau tak mati dah aku terajang on the spot. Aku rasa mau sampai tujuh belas tahun tujuh bulan dua puluh tujuh hari akan datang pun dia tak akan berhenti perli aku fasal tudung ni. Malas pulak aku nak layan sarcasm budak ni.


Lepas puas merapu dan dengar Leo peri-perli aku dari mula jumpa tadi, kitorang tengok sunset di tepi tasik tu dan terus balik rumah. Malam ni Leo kerja, jadi tak boleh nak lepak lama sangat. And that particular activity of lepak-ing and merapu-ing during the day dengan kawan-baik-sejak-kecik-aku, really made my day.

Sunday, January 26, 2014

#26: Meniti Kedewasaan

Satu petang,
aku turun main bola keranjang macam biasa.
Cuma yang tak berapa nak biasanya, musim-musim exam macam ni, tiba-tiba member aku Nazrul ada main sekali.
Jarang genius macam dia turun bersukan waktu exam.
Jenis yang duduk terperap dalam bilik menghadap buku sampai separuh mati.
Untuk jenis manusia macam aku,
bila tiba waktu petang,
To Hell With Study...

Petang tu, bila sudah lama tak bersembang,
sambil aku practice shooting bola,
Nazrul buka cerita tentang adiknya Nazreena.
Juga dikenali sebagai Aena.
Budak Aena ni pun sebenarnya member aku.
Dulu masa sekolah pernah belajar satu kelas.
Member sebaya.

"Weh", kata Nazrul.

"Apahal lu ni?", aku tanya semula pada Nazrul.

"Kau tau tak 18 hari bulan ni ada orang nak masuk meminang adik aku?"

Bola yang aku tengah pegang sedari tadi terus terlepas dari tangan.
Masa yang bergerak, bumi yang berputar terasa seolah-olah berhenti.
Mata aku memandang tajam muka Nazrul.

Member sebaya dengan aku dah nak kahwin tak lama lagi?

Tak guna betoi,
dah dewasa rupanya standard umur macam aku ni.
Rasa belum puas menonton Dragon Ball, tiba-tiba dah nak kena fikir pasal harga rumah yang melambung-lambung naik tinggi dari hari ke hari, nak kena hadapi harga barang naik berdentum-dentum, kena hadapi senario politik haprak yang tak habis-habis dengan macam-macam masalah, nak fikir pasal peluang kerjaya yang semakin lama macam semakin tak ada, kena hadapi masalah budaya barat yang semakin parah menular dalam negara, kena hadapi masalah bangsa yang semakin berpecah-belah, kena fikir pasal sumbangan aku pada masyarakat, kena hadapi masalah jiran-jiran yang kuat mengumpat, kena fikir tentang anak-anak aku yang akan diasuh dengan sistem pendidikan yang aku tengok masih tak menjadikan budak-budak dalam negara ni bijak ilmu serta bijak akhlak pada masa yang sama.

Macam aku cakap,
tak guna betoi...

Wednesday, January 15, 2014

#30: Kisah aku, adik aku, dan Emma Maembong.

Bila satu malam aku tengok tv dengan adik aku,
dan tengah aku khusyuk melayan cerita, tiba-tiba iklan.
Dalam iklan tu, aku tengok ada Emma Maembong. Iklan yang promote cerita dia berlakon.
Di bawah sedar, aku katakan sesuatu pada adik aku.

"Aku tengok, Emma Maembong ni, comel jugak. Muka macam budak kecik."

Adik aku jeling aku di sebelah dengan muka pelik. Mungkin kerana hairan mendengar aku mengeluarkan statement jambu macam tu.
Tak lama lepas tu,
Pipi aku rasa panas, muka aku kebas kena penumbuk.
Aku cepat-cepat telengkan muka, merenung tajam adik aku di sebelah.

Adik aku dah stand by buah pukul maut pencak Muay Thai.

"Lu ni siapa dan apa lu dah buat dengan abang gua?!"


#29: Gua Rasa, Gua Dah Jatuh Hati...?

Kata mereka yang berjiwa ranggi dan moden,
atau mungkin mereka yang dah sebati jiwa raga dengan budaya barat yang tersangatlah lakhnat,
menutup aurat ni adalah satu jenis fesyen yang ketinggalan zaman dan sangatlah mengongkong kebebasan wanita dalam melakukan aktiviti seharian.
Jadi pada kepala otak golongan yang sebegini, memakai skirt takat paha, kemeja sendat tanpa lengan dan membiarkan rambut berjurai dan berjuntai adalah satu lambang kebebasan, lambang kecemerlangan prestasi dan menunjukkan betapa mereka itu tidak kekampungan.

Itu kata mereka.
Apa yang aku nak cerita di sini, adalah tentang kejadian yang aku hadapi pada suatu petang ketika bermain bola keranjang dengan brader-brader PASUM yang lain. Cerita aku ni, bila aku fikir balik, memang cukup untuk menyangkal persepsi akak-akak Melayu berjiwa London seperti yang dah aku sembangkan di atas. 
Ini dah jadi satu kejadian yang bertaraf mahakarya. 
Aku punya kagum masa kejadian ni berlaku, betul-betul dah masuk level rahang bawah cecah tanah.
Biar aku ceritakan.

Macam ni, 
suatu petang, tengah aku main shooting bola, berlatih dribbling, practice buat lay-up,
tiba-tiba aku terpandang sesuatu.
Aku bermain dengan member-member lain di bahagian depan gelanggang. Half-court game, cuma gunakan satu hoop.
Sebelah belakang gelanggang pula, dimonopoli oleh kaum hawa.

Dan dalam gerombolan mahasiswi yang bermain bola keranjang di sebelah sana, dengan tracksuit ketat, baju T singkat dan tudung yang aku tengok macam sebesar kain perca atas kepala saja, aku terpandang akan satu sosok tubuh berbaju kurung kuning bermotif bunga-bunga merah, lengkap dari atas hingga bawah. Kepalanya bertutup dengan tudung yang bukan satu keluarga dengan kain perca, labuh hingga ke dada. Kaki bertutup dengan kasut, diserikan pula dengan stokin yang memantapkan lagi penutupan kakinya.
Dengan berpakaian sebegitu, si Hawa ni main shooting bola, dan dari jauh aku perhatikan, skil bermain bola keranjangnya sudah berada pada makam yang jauh lebih tinggi menenggelamkan skil budak-budak fesyen barat yang bermain sekali dengannya.

Melihat keadaan itu, aku dengan spontan menjerit dengan satu perasaan panas yang tak boleh nak dibendung-bendung lagi,
"Binawe betoi! Ni siapa kata perempuan yang berpakaian menutup aurat ni kolot, tak maju, tak boleh pergi jauh, terkongkong kebebasan dan segala bagai lagi ni?!"
Member-member lain yang tengah rancak bermain terus lari lintang pukang meninggalkan gelanggang bila tengok aku yang jiwa tengah kucar-kacir semacam.

.....

Besoknya, gua turun main bola keranjang pakai Tuxedo lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.


#28: Cikgu Aje?

Hari pertama aku masuk ke kelas Basic Mathematical Methods memang dah ditakdirkan untuk jadi hari yang memang aku tak boleh lupa.
Kelas untuk subjek ni diadakan di Auditorium Fizik.
Dan kalau kau dengar nama tempat pun, aku yakin kau tahu yang tempat ni sebenarnya memang jajahan budak-budak yang ambik course fizik.
Sains Fizik, Fizik Itu, Fizik Ini dan segala bagai course fizik lain lagi yang haram aku tak teringin pun nak ambil tahu.

Aku melangkah aje masuk ke dalam auditorium fizik dengan seorang member,
jumpa port yang kena dengan jiwa aku, terus duduk.
Dan macam biasa, hari pertama pergi ke kelas macam ni, memang budak-budak sekeliling seorang haram pun aku tak kenal.
Maka seterusnya, berlangsunglah sesi berkenal-kenalan sesama sendiri.
Dan di depan aku pada masa tu, adalah sekumpulan budak-budak perempuan yang ke mana hilang sifat malu mereka pun aku tak tahu.
Perangai baik punya gedik.
Aku tengok pun rasa nak terajang saja.
Mujur, keimanan aku stabil ketika itu.

"Kau ni masuk UM ni course apa?", tanya seorang minah.

"Ouh, gua ni course Sains dengan Pendidikan", jawab aku dengan tenang.

"Kiranya kitorang ni In Sha Allah bakal cikgu la nanti", sambung member aku yang duduk di kerusi sebelah.

"Lu ni course apa?", tanya aku pula.

"Kitorang pure physics, jadi saintis la kiranya nanti. Ouh, kiranya kau orang ni nanti jadi cikgu aje la eh? Haha, apa kelas jadi cikgu, pebenda la kau ni", jawab si minah tadi sambil memperleceh cita-cita gua.

Pap!
Aku menepuk dahi sambil menggeleng-gelengkan kepala.
macam ni punya orang pun ada?

.....

Hari tu, aku tak boleh fokus pada pensyarah yang mengajar di depan.
Kepala otak aku sibuk memikirkan sesuatu.
Andai suatu masa aku ditugaskan mengajar anak minah ni di sekolah,
salahkah kalau aku terajang anaknya keluar kelas dan terus jatuh menjunam ke bawah dari tingkat tiga?

#27: Budak-budak, Semoga Lu Orang Semua Berjaya

Bila satu malam aku pegi shoot ke satu restoran,
sambil aku menunggu tomyam campur dengan kailan ikan masin bungkus,
aku terpandang dua orang budak kecik sedang main-main di sekitar restoran.
Ghairah sungguh depa bermain. 
Habis surat khabar bersepah depa buat jadi apron.
Satu sesi main masak-masak yang sangat bersungguh-sungguh.
Sekali kau tengok, memang nampak comel.
Tapi, kalau kau tengok lebih daripada sekali, sekali gus dengan tu kau gerakkan sikit otak kau untuk berfikir, 
kau akan sedar, yang di sebalik kecomelan tu, ada sesuatu yang patut kau risaukan.

Budak-budak ni,
adakah mereka akan survive zaman gila komputer Tablet, gila iPad, gila iPhone yang boleh membutakan mata hati serta mematikan kreativiti kanak-kanak?
Budak-budak ni,
selamatkah mereka merentas era di mana budaya barat sedang menular lebih pantas daripada pertambahan penduduk negara ni yang menghidap gout?
Dua orang budak comel ni,
selamatkah mereka dibesarkan dengan didikan Islami yang sempurna dan mampukah mereka mempraktikkannya 10, 20 tahun akan datang?

Sedang aku risau memikirkan nasib mereka,
tomyam campur dan kailan ikan masin bungkus aku sampai ke meja,
dan aku pun melangkah pergi.

Sambil aku hidupkan enjin Farhana,
hati aku berdetik,

"Budak-budak, semoga lu orang berjaya, menghadapi zaman yang penuh pancaroba ini"

p/s: Malam tu aku habis 18 ringgit membeli tomyam campur dengan kailan ikan masin yang haram tak sedap       langsung.

Monday, January 13, 2014

#25: Apa Yang Kau Study Sampai Nak Gila Tu?

Apabila final exam dah betul-betul depan mata,
waktu itu memang perkara biasa kalau kau tengok orang sekeliling semua macam nyawa dah sampai takat hidung.
Masing-masing pegang buku macam lakhnat dia punya semangat.
Aku juga tak terkecuali.
Pun macam lakhnat punya semangat pegang buku.

Bila suatu malam, aku tengok jam dah pukoi 2 pagi,
tapi aku masih mengahadap buku fizik dan biologi,
member aku Bal masih menghadap buku kimia,
Aap hampir kena sawan ketika menghafal buku sains komputer,
Haikal pun dah geleng kepala sorang-sorang ulangkaji maths,
aku duduk termenung seketika, memikirkan keadaan diri aku dan kawan-kawan.
Sedang aku duduk termenung, aku panggil semua rommate aku,
dan dalam kekalutan study buku-buku sains semua tu, aku ajukan satu soalan.

"Bal, Aap, Haikal, gua terfikir satu benda la"

"Pekebenda pulak kau malam-malam ni Bonzer? Kau tak nampak aku tengah study?", kata depa pada aku.

Aku membalas dengan satu perasaan yang berat,
"Kita study separuh mampus buku-buku duniawi ni, lu orang rasa, Kitab Al-Quran yang dah berhabuk atas meja kita tu, bilanya pulak kita nak bukak?"

......

Lepas aku cakap macam tu, Aku, Aap, Bal dengan Haikal terus tendang jauh-jauh kitab-kitab sains yang ada depan muka, pergi ambil wudhu' dan terus buat bulatan.
Malam tu, budak-budak bilik aku semuanya bertadarus Al-Quran sambil menangis dalam penyesalan.

Alangkah machonya,
kalau aktiviti menelaah Quran juga,
sama kencang seperti aktiviti menelaah kitab-kitab duniawi...

Sunday, January 12, 2014

#24: Memantau Perkembangan Perubahan Diri

Memantau perkembangan diri dalam usaha untuk berubah menjadi seorang insan yang jauh dan jauh lebih baik adalah sangat penting bagi memastikan kita lebih bermotivasi dan lebih fokus untuk mencapai matlamat tersebut.

Berikut, aku senaraikan perkembangan perubahan diri aku, dan seorang lagi member aku yang sama-sama berjuang untuk berubah ke arah kebaikan, untuk menjadi seorang hamba yang lebih gigih mengejar mardhatillah. 
Ini bagi memastikan aku juga kekal fokus dalam usaha menjadi seorang hamba yang lebih baik, dan agar aku tidak terpesong daripada niat murni aku untuk mencapai matlamat yang juga sama murni macam niat aku ni.

2006

Aku: Mula berjinak-jinak dengan muzik rock. Semangat aku sangat berkobar-kobar dan jiwa aku mudah tersentuh bila mendengar gorengan gitar maut dan hentaman dram yang dah masuk standard petala langit ke tujuh.

Member: Sama, macam aku. Tak banyak beza. Mungkin kerana masih lagi mula melangkah ke arah perubahan positif. 

2007

Aku: Semakin aktif melayan muzik rock. Mula layan sikit lagu-lagu metal. 

Member: Semakin galak melayan lagu-lagu jenis stok headbanging. 

2008

Aku: Janne Da Arc, Nightmare, semua aku redah. Makin hafal dengan lirik-lirik lagu. Kalau kau tanya aku pasal lagu-lagu Janne Da Arc, sambil bersin pun aku boleh nyanyikan dari mula sampai habis.

Member: Mula minat lagu nasyid. Dalam kelas, dah fokus pada hukum tajwid yang Ustazah Nurma ajar. Perubahan diteruskan ke satu tahap yang lebih tinggi.

2009

Aku: Dah mula kenal lagu-lagu trash metal dari The Gazette. 

Member: Makin galak menghafal selawat syifa', marhaban dan sebagainya. Mula mengamalkan bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur.

2010

Aku: Mencetuskan riot di sekolah sebab sound PIBG dan kempimpinan Badan Pengawas Sekolah. Cikgu Kaunselor, Cikgu Pengawas, semua naik rasa nak muntah tengok muka aku yang tak habis-habis buat perangai.

Member: Cikgu-cikgu makin sayang sebab perangai dah mengikut piawaian budak skema. Pernah juga dipanggil untuk mengetuai bacaan Surah Yaasin pada pagi Jumaat sebelum mula kelas.

2011

Aku: Nyaris tak hentak pensyarah dengan kerusi dalam makmal. Panas hati punya pasal. Ini antara benda yang aku cukup susah nak lupa.

Member: Dah masuk kategori antara top student di Universiti. Tangan pun dah mula berjinak-jinak untuk usung buku rujukan yang tebal dah mengalahkan kitab Quran ke sana-sini.

2012

Aku: Dapat title antara brader yang paling kuat ponteng kelas, paling kuat tak siapkan assignment, paling kuat tidur waktu kuliah dan segala macam anugerah kebesaran yang lain lagi.

Member: Purata Nilai Gred Kumulatif di Universiti mencecah atas 3.9 lepas habis exam semester terakhir.

2013

Aku: Baru kenal dengan Metallica, Iron Maiden, Girugamesh. Semangat heavy metal aku juga bersemarak seiring dengan minat aku terhadap band-band sebegitu.

Member: Dah dapat title Ustaz. Jalan mana-mana pun kopiah mesti ada atas kepala. 

.....

Binawe betoi.
Aku ni berubah ke arah apa sebenarnya ni?!

Saturday, January 11, 2014

#23: Rezeki Ujang Yang Paling Rare

Satu malam,
aku pergi ke bilik Ujang.
Waktu tu Sein, Man Jambu, Don, Iqbal dengan Haikal ada sekali.
Apek aku tak ingat dia ada ke tak.
Yang pasti, malam tu aku tengok muka Ujang pucat habis.
Kalau kau tengok putihnya salji, muka Ujang hitamnya dah mengalahkan punggung kuali ketika tu.
Nak cerita dia punya pucat tu punya la bukan sikit-sikit punya pucat.

Aku yang baru setel solat maghib terus tanya Ujang.
"Oih. Lu ni apahal jang? Ok tak lu ni?"

Muka Ujang masih tak menunjukkan reaksi.
Tangannya terketar-ketar.
Dadanya turun naik. Sikit punya kencang dia punya nafas.
Air liur kelihatan meleleh sikit di pinggir bibir Ujang.

Aku tenung satu per satu muka kawan-kawan yang lain.
Semuanya memandang muka aku dengan pandangan yang sayu, sambil menggeleng-geleng kepala.
Seolah-olah cuba memberitahu, betapa dahsyatnya takdir yang menimpa Ujang.

Tak sanggup melihat keadaan aku yang terpinga-pinga dalam kekeliruan sedari tadi,
member-member yang lain mengumpul semangat untuk berkata-kata dan mula bercerita.

"Macam ni Bonzer, tadi sebelum maghrib, Ujang pergi bilik air. Dia nak mandi"

"Ok. Dah tu?", soal aku pantas. Memang aku dah masak sangat dengan perangai Ujang. Jenis makhluk yang kalau tak mandi sebelum maghrib, mesti akan mandi atas pukul 10 malam. Tapi rutin yang sebegini masih tak menjelaskan keadaan Ujang yang dah macam kena sampuk suster ngesot.
Aku biarkan member lain meneruskan cerita.

"Tadi dia tunggu depan bilik air. Masa tu, Kejung tengah mandi. Waktu dia tunggu tu, Haikal pun tengah tunggu Kejung habis mandi"

Kejung ni jenis member aku yang kalau mandi, selagi belum masuk tahun baru, selagi itu la dia takkan keluar dari bilik air.
Jenis manusia yang buat bilik air macam bilik air rumah dia.

"Lepas tu?", aku bertanya dengan penuh rasa nak tahu.

"Haikal tadi entah macam mana dia boleh terhilang sabar, dia terketuk pintu bilik air tu kuat-kuat.
Masa tu depan pintu tu Ujang tengah mencangkung, tunggu Kejung habis mandi."

"Haikal masa tu macam mana pulak?", aku soal member yang masih bercerita dengan nada syahdu.

"Lepas ketuk pintu tu kuat-kuat, Haikal jalan aje terus. Dia panggil Kejung suruh berhenti mandi, dah lama sangat, alih-alih Kejung perli-perli dia pulak, memang hilang la sabar member tu.
Nak jadi cerita, dia tak sedar, pintu bilik air tu terbukak lepas dia ketuk pintu macam tu."

"Hoh?"... aku sedikit pelik mendengar ayat terakhir kawan aku.
Maka, aku menyusun semula cerita yang disembangkan oleh kawan aku tadi untuk memastikan apa yang aku fahami adalah benda yang betul-betul sepatutnya aku fahami.

1.Cerita bermula dengan Ujang mencangkung depan pintu bilik air tunggu Kejung habis mandi.

2.Member aku, Haikal pun menunggu Kejung habis mandi.

3. Haikal hilang sabar, panggil-panggil Kejung tapi kena perli, last-last, dia hempas kuat tangan dia pada pintu bilik air dan berjalan ke bilik air seterusnya yang waktu tu dah tak ada orang mandi di dalamnya.

4. Pintu bilik air Kejung terbukak lepas Haikal hempas tangan dia dengan kuat tapi Haikal haram langsung tak sedar.

5.Waktu pintu bilik air Kejung terbukak, Ujang masih lagi tengah setia mencangkung depan pintu bilik air tersebut menunggu Kejung habis mandi.

Maksudnya,

Kejung tengah mandi, pintu bilik air terbuka, Ujang depan pintu bilik air.
Ujang depan pintu bilik air, pintu bilik air terbuka, Kejung tengah mandi.
Pintu bilik air terbuka waktu Kejung masih sibuk menyental kepala dengan syampu 'kelapa dan orkid' dan Ujang terlihat akan sesuatu yang berada pada level mahakarya.

.....

"KAHKAHKAH, rezeki hang la Ujang ooooooooi"

"Rezeki KEPALA HOTAK KAU!!!"



#22: Yang Terbaik

Kata pensyarah 'Cell Biology' aku, Dr. Nazia, dalam satu sesi kuliah,

"You come to this University, training yourself to be independent right?
But, when you visit your parents, I'm sure you'll suddenly become independent"

Benda ni buat aku teringat tentang satu masa bila aku demam teruk.
Aku ni jenis makhluknya memang lakhnat punya susah nak kena penyakit.
Tapi kalau sekali aku sakit, memang rasa macam nak habis nyawa dia punya perit.

Ada satu malam, aku kena cirit-birit satu hal, aku kena demam suhu tinggi tahap celaka pun lagi satu hal.
Badan aku pun sampai tak tahu macam mana nak cerita dia punya gigil.
Kaki aku pun dah sampai kebas-kebas, sejuk punya hal.

Memandangkan waktu tu aku di rumah, bukan di kolej,
maka memang tak hairan kalau hari tu telinga aku menggelegak kena leter bertubi-bertubi oleh mak aku.
Tambah pula perangai aku yang jenis tak reti-reti nak pergi klinik walaupun dah ada ura-ura macam hampir nazak, lagi menjadikan semangat mak aku bertambah berkobar-kobar untuk berleter.

Sambil aku meniarap, mak aku urut belakang aku biar kaki aku yang kebas menjadi lega.
Tak cukup dengan itu, mak aku pergi panaskan nasi pulak, paksa aku makan.
Biar ada tenaga katanya.

Aku cuma nak cakap satu benda.
Waktu-waktu macam ni, kau kena mengaku,
tak kira la kau dah masuk U,
kau dah masuk zaman bekerja,
kau gangster dari ceruk mana sekali pun,

layanan seorang mak memang yang terbaik...