Sunday, January 12, 2014

#24: Memantau Perkembangan Perubahan Diri

Memantau perkembangan diri dalam usaha untuk berubah menjadi seorang insan yang jauh dan jauh lebih baik adalah sangat penting bagi memastikan kita lebih bermotivasi dan lebih fokus untuk mencapai matlamat tersebut.

Berikut, aku senaraikan perkembangan perubahan diri aku, dan seorang lagi member aku yang sama-sama berjuang untuk berubah ke arah kebaikan, untuk menjadi seorang hamba yang lebih gigih mengejar mardhatillah. 
Ini bagi memastikan aku juga kekal fokus dalam usaha menjadi seorang hamba yang lebih baik, dan agar aku tidak terpesong daripada niat murni aku untuk mencapai matlamat yang juga sama murni macam niat aku ni.

2006

Aku: Mula berjinak-jinak dengan muzik rock. Semangat aku sangat berkobar-kobar dan jiwa aku mudah tersentuh bila mendengar gorengan gitar maut dan hentaman dram yang dah masuk standard petala langit ke tujuh.

Member: Sama, macam aku. Tak banyak beza. Mungkin kerana masih lagi mula melangkah ke arah perubahan positif. 

2007

Aku: Semakin aktif melayan muzik rock. Mula layan sikit lagu-lagu metal. 

Member: Semakin galak melayan lagu-lagu jenis stok headbanging. 

2008

Aku: Janne Da Arc, Nightmare, semua aku redah. Makin hafal dengan lirik-lirik lagu. Kalau kau tanya aku pasal lagu-lagu Janne Da Arc, sambil bersin pun aku boleh nyanyikan dari mula sampai habis.

Member: Mula minat lagu nasyid. Dalam kelas, dah fokus pada hukum tajwid yang Ustazah Nurma ajar. Perubahan diteruskan ke satu tahap yang lebih tinggi.

2009

Aku: Dah mula kenal lagu-lagu trash metal dari The Gazette. 

Member: Makin galak menghafal selawat syifa', marhaban dan sebagainya. Mula mengamalkan bacaan Surah Al-Mulk sebelum tidur.

2010

Aku: Mencetuskan riot di sekolah sebab sound PIBG dan kempimpinan Badan Pengawas Sekolah. Cikgu Kaunselor, Cikgu Pengawas, semua naik rasa nak muntah tengok muka aku yang tak habis-habis buat perangai.

Member: Cikgu-cikgu makin sayang sebab perangai dah mengikut piawaian budak skema. Pernah juga dipanggil untuk mengetuai bacaan Surah Yaasin pada pagi Jumaat sebelum mula kelas.

2011

Aku: Nyaris tak hentak pensyarah dengan kerusi dalam makmal. Panas hati punya pasal. Ini antara benda yang aku cukup susah nak lupa.

Member: Dah masuk kategori antara top student di Universiti. Tangan pun dah mula berjinak-jinak untuk usung buku rujukan yang tebal dah mengalahkan kitab Quran ke sana-sini.

2012

Aku: Dapat title antara brader yang paling kuat ponteng kelas, paling kuat tak siapkan assignment, paling kuat tidur waktu kuliah dan segala macam anugerah kebesaran yang lain lagi.

Member: Purata Nilai Gred Kumulatif di Universiti mencecah atas 3.9 lepas habis exam semester terakhir.

2013

Aku: Baru kenal dengan Metallica, Iron Maiden, Girugamesh. Semangat heavy metal aku juga bersemarak seiring dengan minat aku terhadap band-band sebegitu.

Member: Dah dapat title Ustaz. Jalan mana-mana pun kopiah mesti ada atas kepala. 

.....

Binawe betoi.
Aku ni berubah ke arah apa sebenarnya ni?!

No comments:

Post a Comment