Monday, January 27, 2014

Bonzer Bercerita: Dhiablo (Prolog)

#1

“Well, well, if it isn’t our infamous Dhiablo.”

“Come on now Leo, kau tahu aku tak suka orang panggil aku macam tu lagi kan?”

“If not, what should I call you now?”

“Err…Dhia I guess?”

“Haha, then Dhia it is.”

Suasana senyap seketika. Seolah-olah memberi peluang untuk aku memerhatikan suasana tasik yang terbentang depan mata. Dengan orang yang berjoggingnya, dengan budak-budak kecik yang main layang-layangnya. Tenang juga bila dapat tengok suasana macam ni bila waktu petang. Aku tengok, Leo di sebelah aku yang mulut macam dah kena kunci. Mungkin otak kecik dia masih tak dapat nak cerna penampilan aku yang sekarang ni. Kalau betul tekaan aku, jujur cakap, aku tak terkejut pun.

“Sooo, what’s it with all this tudung and stuff? Dah mula pasang angan-angan nak kahwin dengan ustaz ke?”

Heh, damn you Leo. You and your sarcasm.
Malangnya, aku pun tak pasti nak jawab soalan Leo tu macam mana. Yang aku mampu, cuma tarik nafas dalam-dalam, hembus dengan satu perasaan yang sungguh berat, dan jongket bahu sebelah.

“Aku pun tak pasti Leo. It’s just that, it feels right this way.”

“Haha. It’s quiet shocking to see ya like this, after the whole year of your disappearance.What, you’re in some kind of purification process now?”

“Sorta.”

Aku tahu, Leo terkejut tahap langit ke tujuh tengok aku macam ni. Kalau aku jadi dia pun, aku rasa aku juga akan kena sawan seketika. Ya la, bila kau tak jumpa kawan kau setahun, dan bila jumpa tiba-tiba kawan kau tu dah tak macam kawan kau. Kau boleh jamin yang kau tak buat muka terkejut sambil menganga sampai rahang bawah cecah tanah bila jumpa dia?

“You’ve got a lot of explanation to do Dhia”, Leo masih bercakap dengan muka sinis, muka tak percaya. Patut tak aku terajang muka dia?

“Kau tak payah la nak cakap gaya sarkastik sangat, gelak aje la, aku tau kau memang tengah tahan gelak dari tadi”

“Hahaha, kau memang kenal aku luar dalam la. Man, it’s been a whole year since the last time I saw you! And now here you are, being Dhia that’s not really Dhia”

“Yeah…tell me about it” , aku cakap endah tak endah sambil campak batu kecil masuk tasik.
Biasanya bila jumpa Leo, macam-macam cerita yang aku semburkan pada dia. Macam-macam benda yang meletup-letup diluahkan untuk dikongsi bersama. Macam-macam. Tapi petang ni, rasa lain. Tak rasa macam selalu. Patut tak kalau aku tengking aje Leo suruh senyap dan duduk aje diam-diam sambil nikmati angin petang? Haish, takde mood langsung nak cakap petang ni!

“So, how’s life Leo? Kau ok ke sepanjang aku takde?”

“Kau ingat kalau kau takde aku tak boleh hidup ke? Gaya tanya macam kau tu mak aku pulak”

“Tapi memang kau tu langsung tak boleh harap pun. Waktu fight pun nak harapkan aku aje cover kau”

“Kahkah, kau jangan lupa, waktu riot di Klang dulu siapa yang backed you up masa nyaris-nyaris kena libas dengan right wing budak-budak Abomination”

“I repaid your favour during the time in KL la budak. Waktu riot dengan The Damned. Kau jangan nak berlagak hero sangat dengan aku”
Panas pulak hati aku dengar budak ni main ungkit-ungkit benda lama. Aku cepuk karang saja aje.

“Haha. Good old times eh mate?”

“Been there done that dan tak rasa yang aku akan ulang lagi. And by that, I really mean that it was not really ‘good’ of a time”, selamba aku potong feel nostalgik Leo macam tu.

Senyap. Aku dan Leo diam memberi peluang kepada angin petang untuk bertiup lembut mengusap tubuh. Tenang. Dah lama aku tak ke sini. Rasa sentimental pula.

“So, this marks the end of The Bloody Duo huh?”, Leo bagi satu soalan. Soalan yang betul-betul menunjukkan yang dia masih tak boleh nak terima aku, Dhia yang baru, Dhia yang sekarang…sekurang-kurangnya pada penampilan.

“I guess so…I guess my days as Dhiablo reach the end line”

“Heh, those boys from Juggernaut sure are going to friggin miss ya Dhia. I mean, who wouldn’t mourn over the lost of their favourite frontliner in every fight there was?”
Ceh, ayat mintak kesian a.k.a ayat-bodek-mintak-penampar.

“Well, at least they still have ya, ‘The Lightning Leo’, the fiercest baseball bat swingin psycho around”

“HAHAHAHAHA”, ketawa pecah pada petang tu. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir aku ketawa…heh, sekurang-kurangnya mood aku dah mula nak kembali normal.

“No seriously Dhia, things sure are going to be different without you after this. Biasanya kau aje la yang aku boleh harap nak fight side by side dengan aku pun. Lepas ni aku kena jaga belakang sendiri la nampak gayanya.. Kau la mengada-ngada nak kahwin dengan ustaz, pakai tudung segala”

Another bloody sarcasm. Nasib baik Leo ni kawan baik aku aje, kalau tak mati dah aku terajang on the spot. Aku rasa mau sampai tujuh belas tahun tujuh bulan dua puluh tujuh hari akan datang pun dia tak akan berhenti perli aku fasal tudung ni. Malas pulak aku nak layan sarcasm budak ni.


Lepas puas merapu dan dengar Leo peri-perli aku dari mula jumpa tadi, kitorang tengok sunset di tepi tasik tu dan terus balik rumah. Malam ni Leo kerja, jadi tak boleh nak lepak lama sangat. And that particular activity of lepak-ing and merapu-ing during the day dengan kawan-baik-sejak-kecik-aku, really made my day.

Sunday, January 26, 2014

#26: Meniti Kedewasaan

Satu petang,
aku turun main bola keranjang macam biasa.
Cuma yang tak berapa nak biasanya, musim-musim exam macam ni, tiba-tiba member aku Nazrul ada main sekali.
Jarang genius macam dia turun bersukan waktu exam.
Jenis yang duduk terperap dalam bilik menghadap buku sampai separuh mati.
Untuk jenis manusia macam aku,
bila tiba waktu petang,
To Hell With Study...

Petang tu, bila sudah lama tak bersembang,
sambil aku practice shooting bola,
Nazrul buka cerita tentang adiknya Nazreena.
Juga dikenali sebagai Aena.
Budak Aena ni pun sebenarnya member aku.
Dulu masa sekolah pernah belajar satu kelas.
Member sebaya.

"Weh", kata Nazrul.

"Apahal lu ni?", aku tanya semula pada Nazrul.

"Kau tau tak 18 hari bulan ni ada orang nak masuk meminang adik aku?"

Bola yang aku tengah pegang sedari tadi terus terlepas dari tangan.
Masa yang bergerak, bumi yang berputar terasa seolah-olah berhenti.
Mata aku memandang tajam muka Nazrul.

Member sebaya dengan aku dah nak kahwin tak lama lagi?

Tak guna betoi,
dah dewasa rupanya standard umur macam aku ni.
Rasa belum puas menonton Dragon Ball, tiba-tiba dah nak kena fikir pasal harga rumah yang melambung-lambung naik tinggi dari hari ke hari, nak kena hadapi harga barang naik berdentum-dentum, kena hadapi senario politik haprak yang tak habis-habis dengan macam-macam masalah, nak fikir pasal peluang kerjaya yang semakin lama macam semakin tak ada, kena hadapi masalah budaya barat yang semakin parah menular dalam negara, kena hadapi masalah bangsa yang semakin berpecah-belah, kena fikir pasal sumbangan aku pada masyarakat, kena hadapi masalah jiran-jiran yang kuat mengumpat, kena fikir tentang anak-anak aku yang akan diasuh dengan sistem pendidikan yang aku tengok masih tak menjadikan budak-budak dalam negara ni bijak ilmu serta bijak akhlak pada masa yang sama.

Macam aku cakap,
tak guna betoi...

Wednesday, January 15, 2014

#30: Kisah aku, adik aku, dan Emma Maembong.

Bila satu malam aku tengok tv dengan adik aku,
dan tengah aku khusyuk melayan cerita, tiba-tiba iklan.
Dalam iklan tu, aku tengok ada Emma Maembong. Iklan yang promote cerita dia berlakon.
Di bawah sedar, aku katakan sesuatu pada adik aku.

"Aku tengok, Emma Maembong ni, comel jugak. Muka macam budak kecik."

Adik aku jeling aku di sebelah dengan muka pelik. Mungkin kerana hairan mendengar aku mengeluarkan statement jambu macam tu.
Tak lama lepas tu,
Pipi aku rasa panas, muka aku kebas kena penumbuk.
Aku cepat-cepat telengkan muka, merenung tajam adik aku di sebelah.

Adik aku dah stand by buah pukul maut pencak Muay Thai.

"Lu ni siapa dan apa lu dah buat dengan abang gua?!"


#29: Gua Rasa, Gua Dah Jatuh Hati...?

Kata mereka yang berjiwa ranggi dan moden,
atau mungkin mereka yang dah sebati jiwa raga dengan budaya barat yang tersangatlah lakhnat,
menutup aurat ni adalah satu jenis fesyen yang ketinggalan zaman dan sangatlah mengongkong kebebasan wanita dalam melakukan aktiviti seharian.
Jadi pada kepala otak golongan yang sebegini, memakai skirt takat paha, kemeja sendat tanpa lengan dan membiarkan rambut berjurai dan berjuntai adalah satu lambang kebebasan, lambang kecemerlangan prestasi dan menunjukkan betapa mereka itu tidak kekampungan.

Itu kata mereka.
Apa yang aku nak cerita di sini, adalah tentang kejadian yang aku hadapi pada suatu petang ketika bermain bola keranjang dengan brader-brader PASUM yang lain. Cerita aku ni, bila aku fikir balik, memang cukup untuk menyangkal persepsi akak-akak Melayu berjiwa London seperti yang dah aku sembangkan di atas. 
Ini dah jadi satu kejadian yang bertaraf mahakarya. 
Aku punya kagum masa kejadian ni berlaku, betul-betul dah masuk level rahang bawah cecah tanah.
Biar aku ceritakan.

Macam ni, 
suatu petang, tengah aku main shooting bola, berlatih dribbling, practice buat lay-up,
tiba-tiba aku terpandang sesuatu.
Aku bermain dengan member-member lain di bahagian depan gelanggang. Half-court game, cuma gunakan satu hoop.
Sebelah belakang gelanggang pula, dimonopoli oleh kaum hawa.

Dan dalam gerombolan mahasiswi yang bermain bola keranjang di sebelah sana, dengan tracksuit ketat, baju T singkat dan tudung yang aku tengok macam sebesar kain perca atas kepala saja, aku terpandang akan satu sosok tubuh berbaju kurung kuning bermotif bunga-bunga merah, lengkap dari atas hingga bawah. Kepalanya bertutup dengan tudung yang bukan satu keluarga dengan kain perca, labuh hingga ke dada. Kaki bertutup dengan kasut, diserikan pula dengan stokin yang memantapkan lagi penutupan kakinya.
Dengan berpakaian sebegitu, si Hawa ni main shooting bola, dan dari jauh aku perhatikan, skil bermain bola keranjangnya sudah berada pada makam yang jauh lebih tinggi menenggelamkan skil budak-budak fesyen barat yang bermain sekali dengannya.

Melihat keadaan itu, aku dengan spontan menjerit dengan satu perasaan panas yang tak boleh nak dibendung-bendung lagi,
"Binawe betoi! Ni siapa kata perempuan yang berpakaian menutup aurat ni kolot, tak maju, tak boleh pergi jauh, terkongkong kebebasan dan segala bagai lagi ni?!"
Member-member lain yang tengah rancak bermain terus lari lintang pukang meninggalkan gelanggang bila tengok aku yang jiwa tengah kucar-kacir semacam.

.....

Besoknya, gua turun main bola keranjang pakai Tuxedo lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki.


#28: Cikgu Aje?

Hari pertama aku masuk ke kelas Basic Mathematical Methods memang dah ditakdirkan untuk jadi hari yang memang aku tak boleh lupa.
Kelas untuk subjek ni diadakan di Auditorium Fizik.
Dan kalau kau dengar nama tempat pun, aku yakin kau tahu yang tempat ni sebenarnya memang jajahan budak-budak yang ambik course fizik.
Sains Fizik, Fizik Itu, Fizik Ini dan segala bagai course fizik lain lagi yang haram aku tak teringin pun nak ambil tahu.

Aku melangkah aje masuk ke dalam auditorium fizik dengan seorang member,
jumpa port yang kena dengan jiwa aku, terus duduk.
Dan macam biasa, hari pertama pergi ke kelas macam ni, memang budak-budak sekeliling seorang haram pun aku tak kenal.
Maka seterusnya, berlangsunglah sesi berkenal-kenalan sesama sendiri.
Dan di depan aku pada masa tu, adalah sekumpulan budak-budak perempuan yang ke mana hilang sifat malu mereka pun aku tak tahu.
Perangai baik punya gedik.
Aku tengok pun rasa nak terajang saja.
Mujur, keimanan aku stabil ketika itu.

"Kau ni masuk UM ni course apa?", tanya seorang minah.

"Ouh, gua ni course Sains dengan Pendidikan", jawab aku dengan tenang.

"Kiranya kitorang ni In Sha Allah bakal cikgu la nanti", sambung member aku yang duduk di kerusi sebelah.

"Lu ni course apa?", tanya aku pula.

"Kitorang pure physics, jadi saintis la kiranya nanti. Ouh, kiranya kau orang ni nanti jadi cikgu aje la eh? Haha, apa kelas jadi cikgu, pebenda la kau ni", jawab si minah tadi sambil memperleceh cita-cita gua.

Pap!
Aku menepuk dahi sambil menggeleng-gelengkan kepala.
macam ni punya orang pun ada?

.....

Hari tu, aku tak boleh fokus pada pensyarah yang mengajar di depan.
Kepala otak aku sibuk memikirkan sesuatu.
Andai suatu masa aku ditugaskan mengajar anak minah ni di sekolah,
salahkah kalau aku terajang anaknya keluar kelas dan terus jatuh menjunam ke bawah dari tingkat tiga?

#27: Budak-budak, Semoga Lu Orang Semua Berjaya

Bila satu malam aku pegi shoot ke satu restoran,
sambil aku menunggu tomyam campur dengan kailan ikan masin bungkus,
aku terpandang dua orang budak kecik sedang main-main di sekitar restoran.
Ghairah sungguh depa bermain. 
Habis surat khabar bersepah depa buat jadi apron.
Satu sesi main masak-masak yang sangat bersungguh-sungguh.
Sekali kau tengok, memang nampak comel.
Tapi, kalau kau tengok lebih daripada sekali, sekali gus dengan tu kau gerakkan sikit otak kau untuk berfikir, 
kau akan sedar, yang di sebalik kecomelan tu, ada sesuatu yang patut kau risaukan.

Budak-budak ni,
adakah mereka akan survive zaman gila komputer Tablet, gila iPad, gila iPhone yang boleh membutakan mata hati serta mematikan kreativiti kanak-kanak?
Budak-budak ni,
selamatkah mereka merentas era di mana budaya barat sedang menular lebih pantas daripada pertambahan penduduk negara ni yang menghidap gout?
Dua orang budak comel ni,
selamatkah mereka dibesarkan dengan didikan Islami yang sempurna dan mampukah mereka mempraktikkannya 10, 20 tahun akan datang?

Sedang aku risau memikirkan nasib mereka,
tomyam campur dan kailan ikan masin bungkus aku sampai ke meja,
dan aku pun melangkah pergi.

Sambil aku hidupkan enjin Farhana,
hati aku berdetik,

"Budak-budak, semoga lu orang berjaya, menghadapi zaman yang penuh pancaroba ini"

p/s: Malam tu aku habis 18 ringgit membeli tomyam campur dengan kailan ikan masin yang haram tak sedap       langsung.

Monday, January 13, 2014

#25: Apa Yang Kau Study Sampai Nak Gila Tu?

Apabila final exam dah betul-betul depan mata,
waktu itu memang perkara biasa kalau kau tengok orang sekeliling semua macam nyawa dah sampai takat hidung.
Masing-masing pegang buku macam lakhnat dia punya semangat.
Aku juga tak terkecuali.
Pun macam lakhnat punya semangat pegang buku.

Bila suatu malam, aku tengok jam dah pukoi 2 pagi,
tapi aku masih mengahadap buku fizik dan biologi,
member aku Bal masih menghadap buku kimia,
Aap hampir kena sawan ketika menghafal buku sains komputer,
Haikal pun dah geleng kepala sorang-sorang ulangkaji maths,
aku duduk termenung seketika, memikirkan keadaan diri aku dan kawan-kawan.
Sedang aku duduk termenung, aku panggil semua rommate aku,
dan dalam kekalutan study buku-buku sains semua tu, aku ajukan satu soalan.

"Bal, Aap, Haikal, gua terfikir satu benda la"

"Pekebenda pulak kau malam-malam ni Bonzer? Kau tak nampak aku tengah study?", kata depa pada aku.

Aku membalas dengan satu perasaan yang berat,
"Kita study separuh mampus buku-buku duniawi ni, lu orang rasa, Kitab Al-Quran yang dah berhabuk atas meja kita tu, bilanya pulak kita nak bukak?"

......

Lepas aku cakap macam tu, Aku, Aap, Bal dengan Haikal terus tendang jauh-jauh kitab-kitab sains yang ada depan muka, pergi ambil wudhu' dan terus buat bulatan.
Malam tu, budak-budak bilik aku semuanya bertadarus Al-Quran sambil menangis dalam penyesalan.

Alangkah machonya,
kalau aktiviti menelaah Quran juga,
sama kencang seperti aktiviti menelaah kitab-kitab duniawi...